Jumaat, 15 April 2016

Wanita Vs Lelaki, Wanita memang awesome.

Assalamualaikum
Hai,

Malam ni saya bersama keluarga di Ancasa Royale Pekan. Dah lama tak kami tak keluar jalan bersama dan kali ni kakak tak ikut sebab dia ada kem anjuran sekolah. Sebenarnya esok saya ada seminar mudahnya berniaga oleh Dr. Azizan Osman.

This time agak special sebab saya berjaya bawa isteri untuk ikuti seminar ni. esok mungkin saya tak akan berapa nak fokus sebab nak nak kena jenguk anak2 dalam bilik. Harap Isteri saya boleh fokus.

Teringat waktu kursus Millionaire Marketing Mastery Mac 2016 baru ni. DAO ada cakap tentang potential customer, Kita perlu kenal gajah-gajah yang langgar kedai kita.

DAO kata, wanita berumur 22-45 tahun adalah yang paling fokus dalam bisnes. Masa dengar t DAO kata macam tu rasa macam tak puas hati la juga, Kemudian DAO kata lelaki juga fokus, cuma EGO lelaki sangat tinggi.

Usai kursus tersebut, dalam masa 2 minggu, saya kongsi ilmu tersebut dengan isteri. Tak sangka, memang diorang sangat fokus. Mereka lebih cepat memahami apa yang kita ajar.

Satu perkara yang saya pasti adalah kerana mereka sebenarnya rasa perlu sangat bantu suami kerana melihat suami terpaksa kerja keras dengan keadaan ekonomi sekarang.

Anyway,

Sebagai seorang lelaki, saya mengaku korang memang awesome.

FAZROLCI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan