Assalamualaikum,
Hai
Dalam bulan puasa tahun 2016 kali ni, syarikat pengeluar kereta Honda dan Proton melancarkan model terbaru produk mereka. Bagi peminat macam abam ni memang tak lari dari keterujaan untuk mengetahui lebih tentang produk mereka.
Kereta boleh dijadikan imej seseorang. Artikel terbaru yang abam baca ialah, Gaji RM3500 sebulan hanya mampu beli Myvi je, tak payah berangan nak beli sivik. Cerita abam kali ni berkisar dengan kemampuan poket individu. ada yang kata beli kereta itu liabiliti, Abam pula kata, kereta tu aset.
Gila la abam ni! nak speculate je kerja dia.
Tak spekulasi, memang betul kereta bukan liabiliti. ia adalah aset bagi orang yang macam abam. Liabiliti ialah rumah.
Sah abam ni memang gila dan sesat! Dalam semua orang kata rumah adalah aset dan kereta adalah liabiliti, dia sorang kata yang sebaliknya.
Sebenarnya, mentor abam pun ada cakap perkara yang sama. Siapa mentor abam tu? Robert T, Kiyosaki dan Dr. Azizan Osman. Dua orang ni tak pernah kata Beli kereta tu ialah liabiliti. Malah Robert sendiri pernah menulis bahawa memiliki rumah tu adalah liabiliti. Ya, beliau di kecam hebat!.
Abam tak dapat bayangkan yang beli kereta itu adalah aset. betul, korang semua pun sama, mesti terfikir perkara yang sama macam abam. kita sudah di didik untuk tidak membeli kereta mahal sebab bukan taraf kita nak beli kereta macam tu dan perkara itu memang betul.
nak beli rumah, berapa banyak korang boleh beli? satu rumah ada berapa buah kereta?
Ramai kawan abam beli kereta jepun berbanding keluaran tempatan sebab kualiti. So nak dapat kualiti hidup yang baik kena ada barang berkualiti dalam hidup kita. aset ke tak aset?
Ramai kawan abam beli kereta baru yang mahal sebab maintenance free 3 tahun. tak payah risau kereta defect sebab baharu. kalau kereta tempatan, ramai je komplen. baru keluar kilang, ada je tuning tak betul. aset ke tak aset?
Ramai kawan abam beli kereta mahal, pergi kerja naik kanc, sebab senang nak parking. so ada buah kereta dan kereta mahal guna untuk weekend. aset ke tak aset?
Ramai juga kawan abam, ada dua buah kereta dah habis bayar, kanc dengan wira. Beli kereta mahal lagi satu sedangkan dua kereta tu masih ada dan abam tanya kenapa tak jual? Dia jawab pasal dah habis bayar. sayang nak jual. aset ke tak aset?
tu baru orang biasa, kalau orang kaya lagi best, dalam masa ekonomi oil and gas merudum, bos abam beli kereta baru. dia kata dapat murah, padahal harga kereta tu lebih dari RM300K. Harga asal dekat setengah juta. aset ke tak aset?
Najib Assadok pula sebelum gi umrah hari tu, beli Van Hiace, Semalam, dia trade in Mazda CX5 dan beli mini cooper S clubman. Aset ke tak aset?
dan contoh contoh kawan abam ni adalah contoh orang yang berjaya. mereka tak pernah komplen beli kereta tu adalah liabiti.
Dah tu bam, kenapa beli rumah tu liabiliti?
Ok.
abam sambung dalam dalam tajuk lain nanti. Kali ni abam cuma nak bagitau beli kereta adalah aset. Kalau korang ada hujah nak kecam, silakan. abam tetap nak setkan kepala korang yang beli kereta tu adalah aset.
P/S : Mentor abam Robert beli Ferrari, padahal dalam garaj beliau ada 3 buah model ferrari yang lain dan tak sempat bawa pun. Dr. Azizan Osman ada plan nak beli helikopter. Aset ke aset?
fikir fikir lah.
Myilhamresouces.com
Fazrolci.com