Assalamualaikum,
Hai
Jawapan bagi persoalan di atas ialah anda perlu berguru dengan Fbads Guru. Macam pernah dengar? Beliau adalah Najib Assadok.
Tak mahal kelas dia, nampak macam beribu juga la harga seminarnya.
Ianya sangat berbaloi..
Saya belum pergi lagi, tapi adik kembar saya pernah jadi juru kamera beliau masa seminar tersebut berlangsung. Punya la dia promot pada saya suruh pergi.
Saya tak pergi sebab bertembung dgn kelas MMMMac2016.
Hari ke 3 tak sangka, Najib adalah salah seorang tutor e-mel marketing dalam kelas MMMMac2016 tersebut. Beliau diberi masa 2 jam sahaja untuk bagi taklimat, tapi macam tak nak berhenti bercakap. Maklumlah, beliau anak didik DAO.
Tujuan dia diberi peluang untuk berucap adalah untuk promot kelas beliau kelolaan Richwork.
Saya tak pergi kelas tersebut, padahal bayaran cuma RM100 je untuk kami peserta MMMMac2016 tu.
Jikalau anda perasan, sebenarnya saya sedang apply bagaimana cara mendapatkan like yang banyak. Dalam kursus tersebut, DAO bekalkan kami sebuah buku berkenaan FBads.
buku tu nipis je. tapi saya baca sikit-sikit. ada tips dalam tu saya terus buat. Ya memang menjadi. Hari ni saya cuba paid ads sebab pagi tadi juga saya baru baca tips ni dalam buku tersebut, paid ads bukan mahal, cuma RM 0.01 sen aje untuk satu like.
Tak details pun saya belajar fbads ni, bila saya register, rupa-rupanya FB akan guide kita lagi bagaimana kita boleh gunakan FBads ni untuk marketing strategy yang baik.
Sebenarnya ada banyak sangat cara percuma untuk dapatkan like yang banyak.
Kenapa perlu ada like yang banyak?
Saya akan terangkan lagi dalam catatan yang lain
Anyway. Jika anda mahu lagi maklumat, PM saya di page Fazrol Che Isa. inn syaa Allah saya bantu.
Salam Hormat, salam sayang dari saya.
Fazrol Che Isa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan