Hai
Assalamualaikum
Ramai orang berpendapat bisnes perlu ada produk sendiri. Ramai sahabat saya yang berniaga akan tulis pasal ni. Itulah mentaliti orang biasa-biasa yang kurang ELMU tentang perniagaan.
Mydin adalah contoh mudah yang saya guna bagaimana perniagaan itu tak perlu ada produk sendiri. Bermula dengan Jualan runcit, dan sekarang dah ada banyak cawangan pasaraya borong seluruh Malaysia.
Ianya adalah proses dan Mydin tidak buat benda ni sensorang. Beliau telah melatih anak2 berniaga dari kecil sehingga sekarang anak2 yang menerajui Mydin.
Sekarang dah ada cara baru untuk mulakan perniagaan. Ramai pemilik perniagaan mula memperkenalkan sistem dropship. Apa dia 'kapal jatuh' ni? Ha ha, terjemahan terus memang pelik bunyinya.
Dropship membawa maksud penghantaran terus. Sebenarnya ia sama juga macam sistem agent. Walaupun sama, ia tak serupa.
Dropship merupakan perniagaan tanpa modal, ia lebih kepada perniagaan untung atas angin. Dropship sesuai untuk mereka yang masih bekerja, lebih lagi bekerja di pejabat kerana dropship adalah perniagaan online. Ini yang kerajaan kata, buat kerja atau makcik2 suka beritahu orang, anak dia ada buat site income jual itu ini.
Proses dia simple je. Dropshipper cuma perlu buat marketing sesuatu produk yang dia jual. Promo sana sini. Kemudian ambil order. inform kepada stokis dengan memberikan maklumat pembeli. kemudian stokis akan hantar terus kepada pembeli.
Perkara yang paling penting untuk jadi dropship ialah memberi keyakinan yang tinggi kepada pembeli. Inilah perkara yang paling susah sebenarnya bila kita tidak tahu caranya.
Banyak lagi yang akan saya tulis pasal dropship ni.
Inn Shaa Allah, saya akan share lagi.
Ini adalah perinsip saya.
- Saya nak bantu orang yang rasa mereka nak jana pendapatan tambahan
- Saya nak lihat ramai orang berniaga. Berniaga akan jadi mudah jika kita tahu cara nak berniaga.
- Saya rasa berdosa kalau saya tak bantu orang lain yang banyak mengeluh dengan kos sara hidup, dan saya terlepas dari dosa tu kalau orang tu sendiri yang tak mahu dibantu.
- Saya nak kongsi rezeki dengan ramai orang. Tuhan kata, The more you give, The more you get.
Tak semua orang Allah jadikan mereka pandai buat duit, tapi kalau orang nak duit tu boleh kata semua orang nak. Siapa tak nak duit boleh la bagi kat saya.
OK itu je nak kongsi hari ni.