Assalamualaikum.
Hai.
Salam perkenalan untuk semua. Saya doakan pembaca semua sihat wal a'fiat.
Hidup di dunia ini adalah masalah. Semua orang punya masalah. Sehinggakan nabi sendiri sentiasa mengahadapi masalah. Tidak ada seorang pun yang tidak punya masalah. Saya sendiri mempunyai masalah tersendiri. Maka wujudlah My Ilham Resources dan saya fikir saya sudah menyelesaikan masalah saya, rupa-rupanya saya nampak lagi banyak masalah.
Nama saya Fazrol Bin Che Isa. Saya adalah pemilik syarikat My Ilham Resources. Kepakaran My Ilham Resources adalah membantu rakan-rakan niaga lain terus maju dalam membina kekuatan diri untuk terus maju dalam perniagaan masing2.
Saya tahu ramai yang mahu berniaga, dan biasanya mereka tak tahu nak berniaga apa. Perniagaan tipikal orang melayu adalah jual burger waktu malam, jual nasi lemak serta kuih muih dan jual goreng pisang. Saya tak kata perniagaan itu sangat hina, malah saya sendiri dan sehingga saya tulis blog ini, saya masih menjual nasi lemak pada waktu pagi.
Bagaimana saya boleh membantu rakan niaga yang lain sedangkan saya cuma penjual nasi lemak? Soalan pertama mentor Dr. Azizan Osman kepada beliau, " Lu belajar berniaga dengan siapa? " Guru saya Azizan Osman kata, dia belajar di Universiti tentang pemasaran. Kemudian Mentor dr. Azizan Osman tanya lagi, " Lu punya cikgu berniaga apa? ". Langsung Dr. Azizan tersentak dgn persoalan itu dan beliau terus telefon pensyarah beliau di universiti tersebut dan bertanya tentang perniagaan yang dijalankan oleh pensyarah tersebut. Ya pensyarah tersebut cuma mengajar melalui buku sahaja. Apa yang berlaku kepada pensyarah tersebut?Ya, Selepas setahun pensyarah tersebut berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.
Itu yang berlaku pada saya sekarang, saya banyak membaca tentang perniagaan. Saya punya bakat untuk berniaga. dari sekolah rendah saya sudah menjual barang di sekolah.
begitu juga di UiTM Shah Alam dulu. Sebab tu saya belajar Diploma tak habis. Lepas tu saya terus kerja.
Alhamdulillah, pekerjaan saya melibatkan industri oil and gas. Dari tahun 2001 hingga sekarang. Ya, saya masih lagi bekerja dalam industri oil and gas.
GAH sangat ke oil and gas? memang gah. industri tersebut telah dirakam pada Note RM50. Tapi kalau anda perasan, sekarang dah ditukar pada industri kelapa sawit.
masa tu saya dah nampak kejatuhan oil and gas sekarang. Tapi saya tak kisah sebab saya berada pada zon selesa.
Sehinggalah pada penghujung tahun 2015, saya rasa, saya tak punya kebebasan masa. Anak dan isteri terabai.
Saya di tengah laut, makan tanggung, makan minum disediakan dan saya rasa tidak adil kerana semua duit gaji saya kena habiskan sebab, saya mahukan ahli keluarga saya dapat seperti apa yang saya dapat di tengah laut.
Sama seperti orang lain, konon nak kumpul duit kerja offshore nak buat modal berniaga.
Sebenarnya modal berniaga bukanlah dari wang ringgit, tetapi ilmu perlu ada. Alhamdulillah, waktu saya di offshore, saya banyak membaca blog2 berniaga, buku tetapi saya masih lost. akhir sekali, saya kata saya perlu cari guru, saya nak belajar marketing.
Search google, jumpalah Azizan Osman. Kesian, tahun 2016 baru saya kenal beliau. Orang lain dah buat berjuta, aku baru nak mula.
Saya nak kelas marketing, tapi yang ada cuma kelas IMKK. disebabkan yuran yang murah, saya daftar la juga. Sebelum saya ke kelas, saya mula jual nasi lemak sebulan sebelum tu. bila? awal february 2016.
IMKK 4-6 mac 2016 banyak membuat perubahan dalam perniagaan nasi lemak saya. Saya mula tidak sehaluan dengan partner sebab, saya berniaga bukan untuk dapat duit, bukan untuk bayar hutang, tetapi untuk menyelesaikan masalah dia.
sebelum saya sampai rumah, saya sempat singgah untuk daftar My Ilham Resources. sebenarnya saya nak daftar untuk pelancongan, tetapi untuk itu saya perlu daftar sdn. bhd.
pada hujung bulan mac, saya juga ambil kelas marketing yang saya mahukan sebelum ni. Maka dari sini saya sudah mulakan perniagaan baru dengan membantu syarikat Das Abdul Global untuk pemasaran produk mereka.
sebab itu, kepakaran saya adalah membantu rakan niaga lain.
kenapa anda perlu percaya saya mampu membantu anda semua?
Ya, saya adalah anak murid Dr. Azizan Osman. Saya belum graduate, baru 2 kelas saya join. ada lagi 5 kelas lain yang saya perlu attend. tapi itu semua progress. saya perlu buktikan yang saya mampu berniaga. dalam 5000 peserta seminar IMKK Dr. Azizan, bukan semua orang mampu memulakan perniagaan. Sebab itu adalah bukan pilihan mereka.
setakat ini dulu.
banyak lagi yang saya nak ceritakan. tapi saya perlu runag untuk bersama isteri dan anak-anak.
Salam malam jumaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan